Tuesday, February 8, 2011

GULAI BABAT & DAGING GORENG HOT N SOUR

Semalam masak gulai babat, resepi dr majalah saji yg ada gambar Anita Serawak tue...1st time try sedap gak. Dah lama beli perut ni dok teperok dlm esbok ja...

GULAI BABAT

500 gm perut direbus
1 helai daun kunyit dihiris
2 kpg asam keping
4 cwn santan pekat

Bahan kisar
2 biji bwg besar(sendiri tambah)
4 ulas bwg putih (sendiri tambah)
5 biji buah keras
5cm kunyit hidup
4 btg serai
10 bj cili padi
5 bj cili hidup

Cara2:
  1. Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak
  2. Masukkan santan dan perut
  3. Masukkan asam keping masak hingga kuah pekat
  4. Sebelum angkat tabur daun kunyit
Daging Goreng Hot n Sour

500 gm daging
1 sdk lada sulah
1 sdk garam
1 sdk kunyit
2 sdb tepung jagung
1 bj bwg besar (dihiris bulat)
5cm halia
3 sdb sos hot n sour
3 sdb minyak

Cara2:
  1. Daging dipotong nipis2 dan gaulkan bersama lada sulah, garam n kunyit
  2. Gaul daging dgn tpg jagung. Panas minyak n masukkan daging n goreng hingga masak
  3. Masukkan sos hot n sour, bwg besar n halia. Gaul sebentar n angkat

Monday, February 7, 2011

SELAMAT HARI LAHIR ARISSA

27.1.2011 nie tarikh lahir Arissa... Semoga panjang umurmu n dimurahkan rezeki anakku. Mama x buat apa2 majlis pun, cuma makan kat Kenny Roger's. Arissa tengok ja mama n abah makan... Mama n Abah hadiahkan Buggy Jive Mothecare utk Arissa.

ANAK MAMA ADMITTED LG..

Cabaran betul awal tahun 2011 nie, Arissa asal nya demam ja, x nak makan x nak minum, muntah2... dah ambil ubat kat KK Bangi x juga kebah demamnya, hari ke3 demam p ambil darah, doc kata ada jangkitan ja tp still ok bole cover dgn bg antibiotik. Aku lak cirit birit. Masa ct Thaipusam slps En. HB menziarah sedara meninggal, kami bw Arissa ke hospital. Dah kena tahan wad sbb dah lemah sgt kena masukkan air.. Doc bg tau kalau dah ok hari ke3 bole keluar, suddenly, ptg jumaat tue Arissa kena isolated disahkan H1N1 +ve, berderau darah dibuatnya.... Kena tahan wad 5 hari lg.... Patut la asyik demam ja rupanya ada kuman lain...sepanjang di wad Arissa x nak makan, minum susu ja tu pun kdg2 muntah. Dah la berat cuma 6.7 kg dh makin kurang la jawapnya. Masa keluar pun Arissa x brapa nak ok lg masih lemah. Tak tahu la mn dpt virus tue, kat taska x ada lak bdk2 yg kena. Rasanya mgkn kat pasar malam sbb kat sana ramai warga asing. Ya Allah Selamatkanlah Anakku.....

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat menyambut tahun baru 2011, sepanjang tahun nie banyak betul program yang telah dirancangkan... Tahun baru 2011 disambut di Johor Bharu. Sepupuku kawen pd 1.1.11, santekkan angka tue.... Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

PERKHEMAHAN DI BALOK

Nie xtvt masa cuti CNY (3-5 Feb) yg lepas, berkhemah di tepi Pantai Balok. Hmmmmm best nyer.... Dah lama x bercamping2 nie.... teringat masa sekolah2 dulu. Tapi kali nie peserta yg terlibat dr kalangan ahli keluarga. 30 bj khemah semuanya. Banyak hooooo. So bole la imagin sendiri brapa ramai yg ada kalo 1 khemah ada 4 orang. Mcm2 xtvt ada sukaneka, mandi laut, poco2, beach volleyball, rilex2, mkn2, chicken dance... Sepanjang dok di Balok ni anak mama Arissa baik ja. Alhamdullillah senang hati mama, lain kali bole p camping lg. Gambar akan ditempek di masa hadapan...

-HAYAT PERKAHWINAN KU-

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: COMING SOON ::

Daisypath Next Aniversary Ticker

MY LITTLE PRECIOUS

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers